Cari @ Amanz

Cuaca dan persekitaran di tengah laut mendatangkan cabaran kepada peralatan yang digunakan oleh PETRONAS untuk operasi mereka. Minggu lalu PETRONAS mengumumkan mereka telah membangunkan lapisan perlindungan Proshield+ yang bukan sahaja tahan karat tetapi juga hakisan.

Proshield+ dibangunkan sendiri oleh PETRONAS sebagai alternatif kepada cat epoksi yang digunakan industri sekarang. Tahap ketahanan air dan tahan ketahanan hakisan Proshield+ juga tiga kali ganda lebih baik berbanding cat epoksi. Ia hanya perlu digunakan sebagai bahan campuran cat dan boleh bertahan sehingga 16 tahun bersamaan dua kali ganda hayat cat semasa. Tiada perubahan perlu dilakukan ke atas kelengkapan mengecat sedia ada untuk menggunakan Proshield+.

Ini dicapai menerusi penggunaan bahan grafena dalam Proshield+. Menurut PETRONAS lagi dengan penggunaan produk ini, kos untuk mengecat setiap platform dapat dikurangkan sehingga 66% disamping mengurangkan tapak karbon sehingga 50%.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd