Carian
KKD Pertimbang Untuk Gabungkan NACSA DAN CSM Dalam Usaha Kukuhkan Keselamatan Siber
April 11, 2023 Aman

Dalam usaha untuk terus mengukuhkan keselamatan siber, kini Kementerian Komunikasi dan Digital sedang berbincang untuk menggabungkan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan juga CyberSecurity Malaysia (CSM).

Langkah ini juga dijangka akan dapat membawa usaha penubuhan Suruhanjaya Keselamatan Siber Malaysia ke fasa yang seterusnya.

Buat masa ini, proses perbincangan secara mendalam sedang dilakukan untuk penggabungan kedua-dua entiti ini.

Dengan arena digital yang berkembang pesat, masalah keselamatan siber sering menjadi igauan ramai, dan langkah penubuhan Suruhanjaya Keselamatan Siber Malaysia dijangka akan menanggani beberapa perkara, termasuk pengurusan data dan lain-lain.

Komen