Walaupun anda telah membeli telefon pintar 128GB atau 256GB tahun 2023 itu sebenarnya masih tidak mencukupi. Lebih-lebih lagi jika anda tidak aktif menggunakan storan awan seperti iCloud atau Google Photos. Apabila storan sudah penuh perkara pertama anda akan buat biasanya adalah cari gambar yang tidak suka dan padam. Ada orang cari aplikasi yang sudah lama tidak digunakan terus nyahpasang.
Anda pasti tahu dan anda sepatutnya tahu yang anda boleh tambahkan ruang storan dalaman peranti anda tanpa menyahpasang aplikasi. Jika anda menggunakan iPhone pada tetapan pergi ke > Umum > Storan iPhone dan pilih Keluarkan App Tak Diguna (Offload Unused App). Ciri ini akan simpan aplikasi yang anda sudah lama tidak gunakan tanpa memadam data-data pengguna.

Terkini Android hadir dengan ciri lebih kurang sama iaitu Auto-Archive. Ciri ini boleh memberi sehingga 60% storan tambahan pada peranti anda. Ia memampatkan data-data aplikasi pengguna dan simpan dalam arkib. Aplikasi tidak lagi boleh digunakan tetapi data semua dipelihara. Apabila ingin sambung guna muat turun semula di Play Store dan ia akan pulih pada keadaan sebelum.

Ciri ini walau bagaimanapun adalah terbina pada Play Store dan hanya akan aktif jika storan dalaman peranti pengguna sudah hampir penuh. Play Store akan mengeluarkan pemberitahuan sama ada pengguna ingin aktifkan Auto-Archive atau tidak. Ini membolehkan pengguna pasang aplikasi baharu pada peranti yang storan hampir penuh.
Ciri ini turut tidak boleh digunakan pada semua aplikasi. Ini kerana hanya pembangun sahaja boleh tetapkan sama ada aplikasi mereka boleh menyokong Auto-Archive atau tidak.
- Sumber
- Android