Cari @ Amanz

Siri Realme 10 telah pun dilancarkan sejak bulan Disember lalu. Kini selepas empat bulan Realme dilihat sudah bersedia memperkenalkan Realme 11 pula yang mana dikhabarkan akan dilancarkan di China dalam masa beberapa bulan lagi.

Siri Realme 11 akan mempunyai beberapa peranti termasuk Realme 11 Pro 5G dan Realme 11 Pro+ 5G. Butiran mengenai peranti-peranti telah pun tertiris sejak minggu lepas dan hari ini lagi butiran mengenai model Pro+ muncul di web.

Realme 11 Pro dikatakan akan menyokong pengecasan pantas 67W, skrin OLED 6.7″ FHD+ 120Hz, bateri 4780mAh, kamera 100+2 Megapixel dan dijana cip lapan-teras 2.6GHz yang dipadankan dengan memori sehingga 16GB RAM dan storan dalaman mencapai 1TB.

Realme 11 Pro+ pula dikatakan menggunakan skrin yang sama tetapi dengan cip MediaTek Dimensity 1080 dengan memori mencapai 16GB RAM dan storan dalaman 1TB. Kamera adalah 200MP, bateri 5000mAh dengan pengecasan pantas 100W. Setiap peranti akan menjalankan Realme UI 4.0 berasaskan Android 13.

Buat masa ini masih tidak pasti bila ia akan dilancarkan tetapi China akan menjadi negara pertama menerima peranti ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd