Carian
FBI Beri Amaran Untuk Tidak Guna Stesen Pengecas Peranti Di Tempat Awam
April 11, 2023 Aman

FBI di Amerika Syarikat kini mengeluarkan amaran dan peringatan kepada orang ramai, supaya tidak menggunakan stesen pengecas telefon yang ditawarkan di tempat awam. Hal ini kerana terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang menggunakan lokasi berkenaan untuk menyertakan perisian hasad ke dalam peranti pengguna.

Melalui peringatan yang dikeluarkan, ia dinyatakan pihak tidak bertanggungjawab menggunakan ruangan pengecas peranti percuma dan juga port USB dalam menghantar perisian hasad, serta memantau peranti pengguna.

Ia dinasihatkan supaya pengguna membawa pengecas sendiri, termasuk menggunakan kabel USB sendiri terus pada soket elektrik.

Komen