Penggunaan Power Bank dianggap masih relevan khususnya bagi mereka yang sering berada di luar rumah dan jauh daripada sumber tenaga elektrik. Berkongsi lanjut, pengguna Malaysia kini diberi pilihan powerbank baharu menerusi pengenalan Infinix XP07 Power Bank.

Ia merupakan power bank berkapasiti 10,000mAh dengan tubuh yang kompak dan mudah dibawa kemana-mana. Ia diiklankan mampu mengecas dengan pantas sehingga 22.5W, di samping turut boleh mengecas sehingga tiga peranti secara serentak. Sokongan lampu LED turut diberikan yang memudahkan pengguna memeriksa tahap bateri.

Setiap power bank didatangkan dengan kabel terbina dan bagi yang yang berminat, ia boleh dibeli dengan harga RM99 menerusi pengedar sah Infinix di seluruh Malaysia.