Shopee merupakan salah satu laman edagang popular di Malaysia, dimana ramai melakukan pembelian menggunakannya, dan seterusnya menantikan barangan tiba di rumah.
Selari dengan cuti Raya menjelang tiba, kini Shopee memberikan peringatan kepada para penjual berkenaan dengan tarikh akhir penghantaran barangan pembelian supaya pembeli menerimanya sebelum Hari Raya.

Melalui apa yang dikongsikan, pelbagai syarikat kurier dan logistik menetapkan tarikh akhir penghantaran untuk diterima sebelum Hari Raya adalah sekitar 17 April 2023 untuk Semenanjung Malaysia, dan 14 April untuk Sabah dan Sarawak.
Shopee turut mengingatkan penjual untuk menghantar barangan seawal mungkin untuk mengelak sebarang kelewatan.
- Sumber
- Shopee