Cari @ Amanz

Bersempena dengan Hari Raya yang bakal menjelma, Huawei Malaysia telah menjalankan promosi Raya Bergaya Bersama Huawei, bermula hari ini sehingga 30 April 2023. Bagi setiap pembelian produk produk terpilih, anda boleh menikmati diskaun sehingga RM2,000, dan juga pelbagai hadiah menarik bernilai sehingga RM1,199. 

Berikut adalah produk produk yang anda boleh dapatkan, sepanjang promosi ini berlangsung: 

TELEFON PINTARPROMOSI
Siri Huawei Mate50Percuma 50W Car Charger bernilai RM299
Huawei Mate XS 2Percuma GT 2 Pro bernilai RM1,199
Huawei P50 Pocket White & Premium EditionDiskaun RM2,000
TABLET DAN KOMPUTER RIBAPROMOSI
Matebook X PRO i7/16/1T 12thDiskaun RM1,000Percuma Smart Office Gift Package bernilai RM99
Matebook D15 i3/8/256 11th Matebook D15 i5/16/512 11th &11.5thDiskaun RM100Percuma Smart Office Gift Package bernilai RM99
Matebook D15 i5/8+512 11.5th Matebook D16 i5/16/512 12thDiskaun RM300Percuma Smart Office Gift Package bernilai RM99
MatePad 10.4-inch (4+128) LTEDiskaun RM200Percuma papan kekunci bernilai RM399
MatePad 10.4-inch (4+128) WifiDiskaun RM100Percuma papan kekunci bernilai RM399
MatePad 11 10.95-inch 2021 6+128GB MatePad 11 10.95-inch 2021 6+256GB Diskaun RM200Percuma papan kekunci bernilai RM499 dan M-Pencil bernilai RM499
PERANTI BOLEH PAKAIPROMOSI
HUAWEI WATCH GT 3 42mmDiskaun RM200
HUAWEI WATCH GT 3 46mm HUAWEI WATCH GT 3 SE Diskaun RM100
HUAWEI WATCH FIT (Active) HUAWEI WATCH FIT (Leather)Diskaun RM50
AUDIOPROMOSI
HUAWEI Freebuds Pro 2Diskaun RM50

Sepanjang promosi ini berlangsung juga, anda turut berpeluang memiliki HUAWEI Band 7 dengan harga serendah RM1. Namun begitu, anda perlulah membeli salah satu model di bawah siri HUAWEI nova 10, bagi menikmati penawaran ini. Bukan itu sahaja, pelanggan yang membeli sebarang produk Huawei di cawangan HUAWEI Experience Stores sepanjang promosi ini berlangsung, layak menyertai cabutan bertuah dan berpeluang membawa pulang hadiah misteri. Tetapi, penawaran ini hanya berlangsung bermula 8 sehingga 30 April 2023 sahaja. Anda juga boleh menyertai sesi berbuka puasa bersama Huawei, sekiranya membeli sebarang produk Huawei di HUAWEI Experience Store bermula 10 sehingga 15 April 2023. 

Bagi mereka yang bercadang membeli HUAWEI Mate50 Pro edisi Standard bermula 8 sehingga 30 April 2023 pula, anda berpeluang menaik taraf skrin peranti ke skrin kaca Kunlun secara PERCUMA, di pusat perkhidmatan pelanggan HUAWEI terpilih seperti berikut:

  1. HUAWEI Authorized Service Center Ipoh: L1-R-3, No 3 De Garden, Persiaran Medan Ipoh, Ipoh Garden, 31400 Ipoh, Perak, Malaysia 
  2. HUAWEI Authorized Service Center Taman Molek: No 2 , GF, Jalan Molek 1/10, Taman Molek, 81100 Johor Bahru, Johor, Malaysia 
  3. HUAWEI Authorized Service Center Pavilion: Lot 5.100.00 Level 5, Pavilion Elite, 168, Jln Bukit Bintang, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi Raya Bergaya Bersama Huawei ini, anda boleh layari laman web rasmi Huawei, atau laman Facebook dan Instagram rasmi HUAWEI Official. 

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd