Garmin kini hadir dengan dua koleksi baharu untuk peranti boleh pakai baharu di Malaysia menerusi Forerunner 265 dan 965 yang masing-msing dijual pada RM2,220 dan RM2,970.
Ia menjadi lebih menarik apabila turut dimuatkan dengan skrin AMOLED terbina sekaligus menjadi yang terawal menyokongnya dalam siri tersebut. Bagi yang berminat, Forerunner 265 boleh didapati sekadang menerusi kedai atas talian dan pengedar sah Garmin di seluruh Malaysia. Sementara itu, Forerunner 965 pula akan mula dipasarkan bermula 29 April akan datang.
Garmin Forerunner 265 boleh didapati dalam dua saiz berbeza sama ada 42mm yang dilengkali bateri maksimum 15 hari. Sementara itu 46mm punya boleh digunakan hingga 13 hari lamanya. Pelbagai fungsi kesihatan dan kecergasan terbina diberikan yang membolehkan pengguna merancang aktiviti dengan lebih baik.
Ini termasuklah aplikasi sukan terbina dengan lebih 30 pilihan aktiviti, jurulatih Garmin, pemantauan waktu tidur, pengesanan tekanan, menjejak kadar degupan jantung masa nyata, VO2 Max dan kitaran haid. Selain itu ciri pemberitahun pintar dan Garmin Pay turut disertakan pada jam tangan dengan skrin sebesar 1.3″ dengan resolusi 416 X 416 piksel.
Garmin Forerunner 965 pula lebih premium dengan titanium ringan dan panel hadapan sebesar 1.4″ (454 x 454 piksel). Ketahanan bateri juga lebih panjang mencapai 31 jam dalam mod GPS, seterusnya meningkat menjadi 23 hari dalam mod jam tangan pintar.
Pelbagai fungsi kecergasan dan kesihatan seperti Forerunner 265 disertakan pada jam tangan ini. Namun terdapat kelebihan lain diberikan pada fungsi pemetaan terbina dan keupayaan menyimpan lagu lebih banyak.