Cari @ Amanz

Setelah beberapa kali rekaannya tertiris, hari ini Vivo mengumumkan pelancaran Vivo XFold2 dan X Flip akan berlangsung pada 20 April ini. Turut akan dilancarkan bersama dua peranti skrin boleh-lipat ini ialah tablet Vivo Pad 2.

Pelancaran Vivo X Fold2 amat dinantikan kerana ia bakal menjadi peranti skrin boleh-lipat pertama dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 manakala X Flip pula adalah peranti skrin boleh-lipat rekaan kulit kepah pertama daripada Vivo. Masih lagi misteri sama ada kedua-dua peranti ini dipasarkan ke luar China. Seperti yang dapat dilihat sekarang tahun ini, Oppo tidak menawarkan Find N2 mereka ke pasaran global dengan hanya N2 Flip sahaja berjaya keluar daripada China.

Strategi anak syarikat BBK Electronics sejak dua tahun kebelakangan ini ialah tidak bersaing dalam pasaran yang sama. Dapat dilihat dalam kategori mercu mampu milik, OnePlus dan iQOO sahaja bersaing. Dalam pasaran lebih premium pula Oppo dan Vivo pula bersama. Realme duduk di sisi dalam pasaran peranti kelas pertengahan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd