Carian
Pendapatan Untuk Penghantar Barangan Atau Makanan Guna Motosikal Akan Dikawal-Selia Oleh APAD
April 11, 2023 Aman

Kerajaan kini memaklumkan yang mana pendapatan penunggang perkhidmatan penghantaran barangan atau makanan menggunakan motosikal, atau turut dikenali sebagai p-hailing, kelak akan dikawal selia oleh pihak APAD (Agensi Pengangkutan Awam Darat).

Ini adalah sebagai sebahagian usaha dalam mengatasi isu manipulasi atau penindasan pendapatan pekerja oleh syarikat penyedia perkhidmatan.

Pada hari ini, terdapat sejumlah penyedia dengan perkhidmatan penghantaran yang mempunyai pekerja p-hailing dibawah mereka, termasuk FoodPanda dan GrabFood.

Perkara ini juga selari dengan Rang Undang-Undang Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2023 yang diluluskan hari ini di Dewan Negara.

Komen