Cari @ Amanz

DXOMark sedia melakukan ujian penanda aras untuk beberapa perkara, dan yang paling popular adalah melibatkan kepada sokongan kamera. Terbaru, mereka hadir dengan skor untuk telefon keluaran Oppo yang terkini, iaitu Oppo Find X6 Pro.

Melalui skor yang dikeluarkan, ia mencatatkan markah sebanyak 153 – sekaligus mengatasi semua telefon pintar lain di pasaran, dan menjadikan Oppo kini memegang takhta telefon dengan kamera terbaik di pasaran.

Sebelum ini, kedudukan tangga pertama berkenaan dipegang oleh Honor Magic5 Pro, yang mencatatkan skor sebanyak 152.

Dengan sensor kamera 1-inci pada Oppo Find X6 Pro, ia dilihat menawarkan hasil rakaman yang cantik termasuk pada keadaan cahaya malap. Pelbagai tekstur rakaman juga dirakamkan secara konsisten, serta rakaman potrait yang sangat baik.

Walaubagaimanapun, ia turut dikatakan terdapat beberapa kekurangan juga, seperti tiada kebolehan pra-lihat imej HDR, disamping kadang-kala pewarnaan yang terlebih tepu pada rakaman warna kulit.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd