Carian
Xiaomi 13 Ultra Akan Dilancarkan Pada 18 April
April 12, 2023 Effi Saharudin

Xiaomi 13 Ultra akan dilancarkan pada 18 April ini yang juga merupakan acara untuk pelancaran global serentak dengan pasaran China. Peranti dengan kemampuan kamera paling mercu dari Xiaomi ini amat dinantikan kerana kerjasama dengan Leica masih diteruskan.

Ia akan membawakan peningkatan prestasi berbanding 13 Pro yang kami rasakan mempunyai kemampuan fotografi yang amat baik. Dari segi rekaan ia akan mempunyai bonggol besar di belakang menempatkan sistem kuad kamera dengan sensor 1″. Selain itu peranti akan dijana cip Snapdragon 8 Gen 2, hadir dengan kemampuan zum optikal yang tinggi dan pelbagai lagi kustomasi Leica.

Xiaomi telahpun mengesahkan peranti ini akan ke pasaran global cuma tidak diketahui bilakah pula ia akan ditawarkan di Malaysia. Yang pasti jika anda mencari telefon pintar Xiaomi dengan prestasi kamera terbaik, 13 Ultra ialah peranti yang dinantikan selama ini.

Komen