Carian
Peranti Terbaik Raya 2023 – Telefon Bawah RM1000
April 17, 2023 Effi Saharudin

Hari Raya Adilfitri kembali menjelma dengan ramai pasti tidak sabar untuk pulang ke kampung untuk melihat skrin telefon dan tidak mengendahkan saudara mara yang duduk bersama di rumah nenek. Kami hanya berseloroh tetap hakikatnya menjadi kelaziman Hari Raya moden disambut dengan telefon di dalam tangan.

Seperti tahun-tahun terdahulu, kami di Amanz akan memberikan saranan beberapa peranti yang kami rasakan terbaik untuk Hari Raya 2022. Kita mulakan dahulu dengan Peranti Terbaik Raya 2022 pada harga bawah RM1000. Dengan keadaan ekonomi yang masih belum pulih sepenuhnya, kami ingin sarankan telefon pintar yang dijual pada mampu milik ini jika tidak mahu berbelanja lebih.


Kriteria Pemilihan

  • Harga mesti di bawah RM1000 sebelum promosi.
  • Skrin sebesar 6-inci dan ke atas.
  • Prestasi masih memuaskan walaupun cip kelas permulaan
  • Menggunakan sekurang-kurangnya Android 12
  • Telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia tahun 2023.

Tempat Ketiga – Realme C55

Di tempat kedua ialah Realme C55 yang merupakan telefon Android pertama dengan ciri mirip Dynamic Island yang digunakan pada siri iPhone 14 Pro. Dengan Mini Capsule, pemilik bole melihat maklumat mengenai pengecasan terpapar dalam “kapsul” yang unik. Peranti dilengkapi skrin 6.72″ IPS LCD, dijana cip Dimensity G88, memori sehingga 8GB RAM dan storan sehingga 256GB.

Baterinya sebesar 5000 mAh yang bertahan lama dan menyokong pengecasan 33W yang agak pantas. Sistem operasi yang digunakan pula ialah Android 13 maka pemilik mendapat ciri terkini. Kekurangan ialah speaker mono yang membuatkan pengalaman audio kurang memuaskan.

Spesifikasi: 6.72” IPS LCD FHD+ 90Hz, MediaTek Helio G88 (6nm) (2X Cortex-A75 2.0 GHz + 6X Cortex-A55 1.8 GHz), 6/8GB RAM, storan 128/256 GB, 64+2MP (Utama), 8MP (Swafoto), 5000 mAh (33W), Android 13.

Harga: RM699 (6/128GB) , RM799 (8/256GB)


Tempat Kedua – Realme 10 4G

Pada harga RM999, Realme 10 4G hampir-hampir tidak layak untuk disarankan dalam kategori ini. Memang sedikit lebih mahal berbanding C55 tetapi ada sebab mengapa anda perlu membayar lebih. Pertama sekali skrin Super AMOLED 90Hz yang lebih baik berbanding pesaing yang masih menggunakan LCD. Di bawah cahaya mentari skrin masih boleh dilihat dengan jelas.

Ini dipadankan dengan cip MediaTek Helio G99 yang lebih berkuasa berbanding dua peranti di atas. Kuasa pada GPU dipertingkatkan sedikit pada G90 walaupun teras CPU masih lagi sama dengan G88. Yang memberikan kelebihan lain ialah memori 8GB RAM yang boleh ditambah sehingga 16GB secara maya serta penggunaan storan UFS 2.2 yang lebih pantas. Bateri 5000 mAh tahan lama dengan pengecasan 33W. Kekurangan ialah ia masih menggunakan Android 12.

Spesifikasi: 6.4” SAMOLED FHD+ 90Hz, MediaTek Helio G99 (6nm) (2X Cortex-A76 2.2 GHz + 6X Cortex-A55 2.0 GHz), 8GB RAM, storan sehingga 128GB, 50+2 MP (Utama), 16MP (Swafoto), 5000 mAh (33W), Android 12.

Harga: RM999 (8/128GB)


Juara – iQOO Z7X

Adalah sukar untuk mendapatkan peranti 5G pada harga bawah RM1000. iQOO Z7X yang baru sahaja dipasarkan di Malaysia dijual pada harga RM999 untuk versi 8/128GB. Selain 5G ia juga dilengkapi cip Snapdragon 695 yang berkuasa dan dipadankan dengan memori 8GB RAM dan storan 128GB UFS 2.2 yang pantas untuk kelas ini.

Memori boleh ditambah sehingga 16GB secara maya apabila diperlukan. Kekuatan Z7X ialah bateri gergasi 6000 mAh yang menyokong pengecasan pantas 80W yang tidak pernah ditawarkan pada peranti bawah RM1000. Oleh sebab inilah iQOO Z7X kami nobatkan sebagai juara.

Spesifikasi: 6.64” IPS LCD FHD+ 120Hz, Snapdragon 695 (6nm) (2X Cortex-A75 2.0 GHz + 6X Cortex-A55 1.8 GHz), 8GB RAM, storan 128GB, 50+?MP (Utama), 8MP (Swafoto), 6000 mAh (80W), Android 13.

Harga: RM999 (8/128GB)


Baiklah ini ialah senarai peranti-peranti terbaik bawah RM1000 untuk Hari Raya 2023. Untuk peranti lain dalam kelas flex, mercu, premium pertengahan, sila kembali ke Amanz esok kerana kami akan menerbitkan senarai baharu setiap hari.

Komen