Cari @ Amanz

Telekom Malaysia sedia mengacah kehadiran pakej dan pelan internet baharu mereka, dan kini turut memperlihatkan harga untuk pelan baharu mereka pada kelajuan 2Gbps dan juga 1Gbps.

Melalui penyenaraian di web (yang kini telah dibuang), Unifi 2Gbps disenaraikan pada harga RM399 sebulan, sementara Unifi 1Gbps pula ditawarkan pada harga RM349 sebulan.

Penyenaraian juga memperlihatkan ia merupakan harga diskaun sebanyak RM40 untuk sebulan – sebagai promosi pengenalan. Harga sebenar untuk kedua-dua pelan ini memperlihatkan harga melangkaui RM400, tetapi turut menyertakan beberapa penawaran bersama dengannya. Pakej Unifi Ultra ini turut hadir dengan pakej Unifi TV bersama-sama dengannya yang menyertakan akses ke Disney+ Hotstar serta 6 aplikasi penstriman lain, selain panggilan suara selama 600 minit percuma ke semua talian.

Dari segi harga untuk pakej 1Gbps dan 800Mbps seperti tiada perbezaan buat masa ini.

Apa pun, penyenaraian ini dilihat hanya diuji sementara waktu, dan telah pun dibuang daripada web rasmi Unifi buat masa ini.

Bagi anda, bagaimanakah harga pakej baharu Unifi Ultra ini?

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd