Cari @ Amanz

Terdapat dua lagi koleksi peranti baharu di bawah siri Vivo T diperkenalkan di India. Ianya terdiri dengan Vivo T2 dan Vivo T2X yang menjadi peranti 5G baharu bersama penawaran perkakasan berbeza yang menjadikannya menarik dalam kelas tersendiri.

Bermula dengan Vivo T2 5G dilengkapi skrin AMOLED sebesar 6.38″ yang juga menyokong resolusi FHD+ (2400 × 1080 piksel). Ini dipadankan pula dengan cip Snapdragon 695, memori 6GB/8GB dan storan dalaman 128GB. Bateri 4,500mAh turut dimuatkan pada peranti dengan sistem pengecasan pantas 44W.
Dwi kamera utama digunakan dengan 64MP + 2MP, sementara itu kamera hadapan pula sebesar 16MP.

Vivo T2X 5G pula menggunakan skrin LCD bersaiz 6.58″ dengan resolusi FHD+ (2408 X 1080 piksel). Cip pemprosesan Dimensity 6020 digunakan dengan memori 4GB/6GB/8GB RAM dan storan dalaman 128GB. Kapasiti 5000mAh lebih besar berbaning T2 5G tetapi sekadar menyokong sistem pengecasan 18W. Kamera utama pula terdiri dengan 50MP + 2MP yang juga dilengkapi kamera swafoto 8MP.

Harga jualan bermula INR18,999 (RM1,021) (6/128GB) dan INR20,999 (~RM1,129) (8/128GB). Kemudian Vivo T2X pula dijual pada INR12,999 (~RM699) (4/128GB), INR 13,999 (~RM753) (6/128GB) dan INR15,999 (~RM860) (8/128GB).

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd