Tablet generasi baharu Samsung dijangka tiba pada separuh kedua 2023. Ia dipercayai hadir dalam tiga model berbeza dan salah satu daripadanya ialah Samsung Galaxy Tab S9+. Butiran mengenai peranti agak terhad namun markah penanda aras Geekbench telah tertiris sekaligus mengesahkan penggunaan cip Snapdragon 8 Gen 2.

Namun begitu, cip yang digunakan bakal dilewah jam pada CPU serta GPU sekeligus prestasinya pasti meningkat berbanding versi biasa. Keadaan yang sama turut berlaku pada siri Samsung Galaxy S23 sebelum ini yang dijana dengan Snapdragon 8 Gen 2 for Galaxy. Seterusnya tablet juga mungkin disertakan dengan memori 12GB RAM dan sistem operasi Android 13 terkini di luar kotak.
Di samping itu, Samsung Galaxy Tab S9+ juga dilihat berjaya menjaringkan sebanyak 2,049 mata untuk ujian satu teras dan 5,492 mata pula dalam ujian pelbagai teras. Ini sahaja maklumat berkaitan spesifikasi peranti yang diketahui buat masa ini. Mungkin kita mendengar lebih lanjut mengenainya dalam masa terdekat ini.
- Sumber
- Gizmochina