Carian
Apple Mungkin Kekal Menggunakan Butang Fizikal Biasa Pada iPhone 15 Pro
April 12, 2023 Fahim Zahar

Nampaknya Apple iPhone 15 Pro mungkin tidak akan menggunakan butang baharu seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Apple dikatakan akan membuang suis notifikasi ikonik dan menggantikan dengan butang yang boleh ditekan. Sementara pada butang aras suara kini tidak lagi berasingan dan akan menggunakan satu butang sahaja seperti pada peranti Android.

iPhone 15 Pro turut dikatakan akan menyokong butang multi-fungsi yang apabila ditekan boleh membuka aplikasi tertentu. Butang juga kini adalah jenis sesentuh dengan kesan haptik seperti Touch ID.

Baru-baru ini Ming-Chi Kuo melaporkan yang iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max mungkin akan kekal menggunakan butang biasa seperti kita lihat pada iPhone sekarang. Penggunaan butang-butang baharu dikatakan hanya akan disertakan pada iPhone untuk tahun 2024.

Kuo turut menyatakan perubahan rancangan ini adalah untuk memudahkan lagi pembangunan peranti dan proses ujian. Tetapi membatalkan penggunaan butang baharu akan menjejaskan pendapatan Cirrus Logic dan AAC Technologies iaitu pembekal kepada komponen butang baharu.

Komen