Sony, melalui anak syarikat Sony Semiconductor Solutions, kini melabur pada Raspberry Pi. Namun nilai pelaburan dan juga jumlah pegangan yang akan diambil oleh Sony pada Raspberry Pi tidak dinyatakan.
Raspberry Pi merupakan salah satu penyedia yang menawarkan litar dan juga komponen dalam pembangunan sebuah komputer mini. Ramai peminat teknologi, pembangun, malah para guru dan pelajar menggunakan Raspberry Pi dalam pembelajaran, sebagai hobi mahupun dalam pembangunan sejumlah projek-projek berasaskan robotik dan sebagainya.

Dengan pelaburan oleh pihak Sony ini, selain kepada akses kewangan, para pembangun juga akan kelak boleh mengakses platform Sony AITRIOS yang membolehkan pembangunan aplikasi dengan penggunaan kecerdasan buatan untuk sensor kamera.
Pelaburan baharu ini juga hadir ketika industri sedang memfokuskan kepada pembangunan kecerdasan buatan, pembelajaran mesin dan juga robotik.
- Sumber
- CNBC