Proton kini berkongsi mengatakan akan mempercepatkan pengeluaran kenderaan elektrik mereka, berkemungkinan seawal tahun 2025.
Perkongsian terbaru oleh Timbalan CEO Proton ini memperlihatkan ia dipercepatkan 2 tahun berbanding sasaran sebelum ini pada awalnya pada 2027.
Proton kini dalam proses untuk mengenal-pasti model yang bersesuaian, yang lebih mampu milik dan praktikal. Perkara ini sedang dilakukan bersama Geely dalam usaha mempercepatkan lagi projek ini.
Sementara itu, bermula tahun ini kelak, pihak Proton turut akan memasarkan kereta elektrik Smart #1 yang dikeluarkan oleh pihak lain, iaitu Smart untuk pasaran Malaysia.