Syarikat LG memperkenalkan logo baharu mereka untuk memaparkan imej yang lebih muda dan dinamik serasi dengan pasaran semasa. Logo lama kini diubah untuk kelihatan lebih rata dengan penggunaan warna merah dan putih sahaja.

Selain itu slogan Life’s Good yang digunakan selama ini turut menerima reka huruf baharu kerana akan digunakan secara lebih meluas untuk pengiklanan. Dalam masa yang sama logo LG ini juga hadir dalam bentuk animasi seperti wajah manusia untuk berinteraksi dengan pelanggan. Ini ialah kali ke sembilan logo syarikat diolah semula sejak ditubuhkan pada tahun 1947 sebagai as Lak Hui Chemical Industrial Corp sebelum bertukar pula ke Lucky-Goldstar.