Cari @ Amanz

ZTE Axon Pad telah dilancarkan secara rasmi sekaligus menjadi sebuah lagi tablet dengan 5G terbina di China. Melaluinya ia dijana dengan Snapdragon 8+ Gen 1 yang turut dipadankan dengan cip keselamatan khusus ZTE dan menyokong dwi-SIM 5G.

Ia merupakan tablet bersaiz 12.1-inci dengan skrin IPS LCD beresolusi 2.5K yang juga menyokong kadar segar semula 120Hz. Antaramuka terkini MyOS13 berasaskan Android 13 digunakan yang turut membenarkan pengguna bertukar ganti diantara profil kerja dan gaya hidup dengan mudah melaluinya.

Tiada maklumat mengenai kapasiti memori dan storan diketahui namun ianya berasakan LPDDR5 dan UFS 3.1. Ia juga memuatkan kamera utama tunggal di belakang yang tidak pula dapat dipastikan konfigurasinya. Bateri pula sebesar 10,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 80W.

Sebagai tambahan lagi, tablet ini juga menyokong beberapa aksesori tambahan seperti papan kekunci pintar dan stylus yang dijual berasingan. Ia boleh didapati dalam dua pilihan warna seperti Gray dan Black tetapi harga jualan tidak pula didedahkan buat masa ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd