Carian
Elon Musk Telah Membuang 80% Kakitangan Twitter
April 13, 2023 Effi Saharudin

Selepas Elon Musk mengambil alih Twitter, beliau memulakan proses pengurangan tenaga kerja yang mendadak bagi mengurangkan kos. Dalam temubual bersama BBC, Musk mendedahkan beliau sudah membuang lebih 6000 kakitangan Twitter bersamaan 80% jumlah tenaga kerja syarikat setakat ini.

Langkah drastik diambil kerana menurut Musk, Twitter hanya mempunyai tempoh 4 bulan sahaja untuk beroperasi dengan aliran tunai -$3 bilion. Tambah beliau lagi Twitter kini lebih stabil dengan pengiklan mula kembali ke platform. Pengurangan tenaga kerja mungkin membantu Twitter dalam tempoh jangka pendek tetapi pelbagai isu lain pula timbul yang sedikit sebanyak membuatkan pengalaman menggunakan laman tidak sebaik era sebelum pembelian.

Komen