Xiaomi kini berkongsi gambar untuk gelang tangan pintar akan datang mereka, menyatakan ia bakal dilancarkan secara rasminya pada 18 April 2023 kelak.

Xiaomi Band merupakan gelang tangan pintar yang popular, dan digunakan ramai diseluruh dunia kerana faktor harganya. Ia membolehkan pengguna memantau sejumlah aktiviti kecergasan, termasuk memudahkan pengamalan gaya hidup aktif.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi apakah ciri-ciri khusus tambahan yang bakal disertakan bersama Mi Band 8. Sama-sama kita nantikan minggu hadapan untuk melihat penawaran Mi Band generasi baharu ini.
- Sumber
- Xiaomi