Cari @ Amanz

Opera sedia terkenal dengan penawaran pelayar web yang mengintegrasikan pelbagai ciri-ciri menarik dan terkini, termasuk baru-baru ini telah menambah sokongan ChatGPT.

Terbaru, Opera turut menambah akses VPN percuma kepada pengguna aplikasi Opera di iOS. Pengenalan ciri ini adalah tambahan kepada sokongan sama yang telah diperkenalkan pada pengguna Opera di desktop dan Android sebelum ini.

Dengan langkah ini, pengguna boleh mendapatkan privasi tambahan ketika melakukan pelayaran web menggunakan pelayar web berkenaan.

Pengenalan ciri VPN pada Opera di iOS ini diperkenalkan secara berperingkat bermula hari ini. Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi Opera hari ini, dan menyemak ciri VPN ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd