Tablet Vivo Pad 2 dilihat bakal diberi nafas baharu bagi membolehkannya berfungsi lebih baik berbanding sebelum ini. Ini termasuklah skrin dengan kadar segar semula dengan kadar segar semual lebih tinggi, samping cip pemprosesan yang berkuasa.
Hal ini boleh dilihat dengan jelas menerusi kemaskini baharu di Weibo Ia menunjukkan peranti akan dilengkapi skrin 12.1″ beresolusi 2.8K dengan kadar segar semula 144Hz. Ini dipadankan pula dengan tubuh dan skrin peranti sejenis rata bersama sisi yang dibulatkan. Panel belakang pula terdapatnya modul kamera bulat yang menempatkan dwi-kamera utama.
Cip MediaTek Dimensity 9000 turut digunakan sebagai tunjang utama sekaligus memberi gambaran ia kelak menyokong 5G secara terbina. Tablet juga dilihat menyokong papan kekunci pintar dan stylus yang mungkin dijual berasingan. Vivo Pad 2 bakal dilancarkan di China pada 20 April akan datang dan maklumat lebih lanjut bakal dikongsikan kelak.