Cari @ Amanz

Apple Fitness+ merupakan penawaran perkhidmatan Apple memfokuskan senaman dan kecergasan, membolehkan pengguna melanggannya dan mengikuti sejumlah latihan senaman yang disediakan melaluinya.

Terbaru, Apple dilihat mengintegrasikan Apple Fitness+ bersama-sama kandungan popular Apple TV+ mereka, bermula dengan Ted Lasso. Ini sekaligus membolehkan Apple menawarkan siri senaman yang bertemakan siri TV popular berkenaan, termasuk dari segi penawaran jenis latihan, pemakaian jersi, dan sebagainya.

Melalui integrasi ini, Apple Fitness+ menawarkan siri senaman yang diinspirasikan siri Ted Lasso berkenaan, termasuk latihan senaman berbentuk HIIT.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak penawaran ini di Apple Fitness+. Di Malaysia ia ditawarkan pada harga langganan RM19.90 sebulan, atau RM119.90 setahun.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd