Carian
WhatsApp Perkenal Sekuriti Tambahan Apabila Pengguna Beralih Peranti
April 14, 2023 Aman

WhatsApp kini memperkenalkan beberapa ciri sekuriti tambahan apabila pengguna ingin beralih ke peranti lain – sekaligus memberikan lebih perlindungan kepada akaun masing-masing.

Melalui ciri baharu ini, apabila pengguna melakukan peralihan ke peranti baharu, pengguna akan perlu melakukan pengesahan pada peranti lama terlebih dahulu sebagai semakan sekuriti tambahan. Pengguna akan diberikan dengan notifikasi mengatakan terdapat percubaan memindahkan akaun ke peranti lain – dan akan diminta mengesahkan atau menidakkan proses berkenaan.

Ciri ini adalah tambahan kepada ciri sekuriti lain pada WhatsApp yang sedia terdapat pada hari ini, termasuk sokongan penyulitan menyeluruh untuk penghantaran mesej.

WhatsApp mengatakan mereka akan terus hadir dengan ciri-ciri baharu dalam terus menambah keselamatan dan sekuriti pada aplikasi dan perkhidmatan mereka.

Komen