Cari @ Amanz

Pemindahan fail antara peranti Windows dan Android kini lebih mudah kerana Nearby Share telah diperkenalkan untuk Windows. Sebelum ia hanya terhad kepada peranti ChromeBook sahaja. Nearby Share membolehkan pengguna memindahkan banyak fail atau satu fail besar dengan mudah secara nirwayar.

Baru-baru ini ada pembangun bebas membangunkan NearDrop iaitu Nearby Share untuk macOS. NearDrop ini dibangunkan dan dijadikan sebagai projek sumber terbuka.

Aplikasi ini walau bagaimanapun mempunyai penggunaan yang terhad seperti peranti Mac hanya boleh menjadi penerima dan tidak boleh menghantar. Kekurangan kedua pula adalah kedua-dua Mac dan peranti Android wajib menggunakan sambungan WiFi yang sama.

Kelebihan pada aplikasi ini adalah pengguna tidak memerlukan akaun Google untuk menggunakannya. Hanya cari fail dalam peranti Android yang ingin dihantar dan hantar melalui Nearby Share. Aplikasi NearDrop ini juga tidak ditawarkan melalui gedung aplikasi App Store jadi sebarang risiko adalah tanggungjawab sendiri.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd