Sejak kebelakangan ini, dengan pengenalan komputer-komputer yang berkuasa dan juga konsol permainan yang mampu menggerakkan permainan video pada resolusi yang tinggi, paparan skrin dan televisyen yang menggunakan paparan skrin OLED untuk olahan warna yang lebih ranggi dan juga warna hitam yang jauh lebih gelap.

Oleh kerana ini, ASUS telah melancarkan pilihan paparan skrin gaming terbaru mereka, iaitu ASUS ROG Swift OLED PG27AQDM yang tampil dengan paparan skrin bersaiz 27 inci dengan resolusi QHD (2560×1440) dan juga kadar segar semula 240Hz.
ASUS juga dilihat telah melakukan pengoptimasian voltan pada paparan ini dengan memasang heatsink untuk membolehkannya hadir dengan nilai kecerahan setinggi 1000nit sepanjang masa dan tidak menjadikan komponen OLED ini menjadi terlalu panas.

Dari segi kejituan olahan warna, paparan skrin ROG Swift PG27AQDM boleh mengolah 99 peratus gamut warna DCI-P3, 135 peratus gamut warna sRGB dan mempunyai Delta E < 2 dan menyokong 10-bit color depth. Dari segi sokongan teknologi grafik, paparan ini turut menyokong NVIDIA G-SYNC.

Dari segi rekaan, paparan skrin ini hadir dengan rekaan paparan yang nipis dan juga menggunakan tapak tripod yang secara lazimnya diperlihatkan pada banyak paparan-paparan ASUS ROG yang lain.
Untuk sokongan palam pula paparan ini hadir dengan dua palam HDMI 2.0, dua palam DisplayPort 1.4 dan dua palam USB 3.2 Type-A.

Buat masa ini ASUS masih belum mengesahkan lagi tanda harga dan bilakah paparan ASUS ROG Swift OLED PG27AQDM akan dilancarkan, tetapi ASUS Malaysia mengesahkan bahawa ia mungkin akan memasuki pasaran tempatan tidak lama lagi.