Cari @ Amanz

Xiaomi telah menjadualkan sebuah acara pelancaran produk baharu pada 18 April akan datang. Salah satu produk yang bakal diumumkan ialah Xiaomi Pad 6 yang menjadi pengganti kepada Xioami Pad 5 sebelum ini.

Keadaan adalah sama seperti sebelum ini yang mana sebanyak dua variasi tablet akan diumumkan. Ianya merangkumi Xiaomi Pad 6 yang akan dijana dengan cip Snapdragon 870. Ini merupakan cip yang sama digunakan pada Xiaomi Pad 5 Pro. Sementara itu Xiaomi Pad 6 Pro diberi nafas baharu menerusi cip Snapdragon 8+ Gen 1.

Ini bagi membolehkannya berfungsi dengan baik memandangkan Snapdragon 8+ Gen 1 masih boleh dianggap cip yang berkuasa pada saat ini. Menambah keterujaan apabila tablet-tablet baharu Xiaomi ini turut menyokong kadar segar semula 144Hz yang lebih tinggi berbanding generasi terdahulu. Ini dipadankan pula dengan skrin beresolusi 2.8K yang juga menyokong kepadatan piksel mencapai 309ppi.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd