Cari @ Amanz

Menteri Komunikasi dan Digital kini menyatakan kelak kerajaan akan mengumumkan berita gembira kepada para pengguna pelan prabayar, menjelang Isnin kelak.

Apakah kejutan yang disediakan tidak diketahui lagi. Namun, menurut Fahmi Fadzil, beberapa perkara sedang dalam perbincangan bersama syarikat telekomunikasi untuk dipersetujui.

Fahmi Fadzil

Perkongsian terbaru oleh Menteri Komunikasi dan Digital ini hadir lanjutan daripada pengenalan Pakej Prabayar Perpaduan sebelum ini yang menawarkan data 30GB pada kelajuan 3Mbps dengan tempoh sah 180 hari pada harga hanya RM30.

Sama-sama kita nantikan perkongsian lanjut pihak kerajaan berkenaan pelan prabayar ini dalam masa beberapa hari lagi ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd