Carian
Tahukah Anda TNG EWallet Ada Widget Untuk iPhone?
April 14, 2023 Fahim Zahar

Saya suka menggunakan widget pada iOS. Baik di Today View, skrin utama atau juga pada kunci skrin. Yang saya gunakan baru-baru ini adalah daripada Spotify dan hari ini saya pelajari TNG eWallet turut mempunyai widget tersendiri.

Saya tidak perasan yang TNG eWallet sedia mempunyai widget untuk iPhone. Apa yang saya temui adalah tiga widget untuk kunci skrin dan satu untuk skrin utama atau Today View.

Untuk kunci skrin terdapat widget “Scan” untuk imbas kod QR dan terus bayar, “Pay” untuk orang kedai imbas kod QR anda dan satu lagi adalah “Transfer” yang apabila ditekan akan terus ke laman memindahkan wang ke rakan atau kenalan.

Untuk widget pada skrin utama TNG menggabungkan kesemua widget kunci skrin dalam satu widget bersaiz besar yang menggunakan latar belakang warna biru TNG. Saya tidak pasti bila widget ini ditawarkan kerana senarai log perubahan tidak menyenaraikannya. Saya sedar kehadiran widget ini selepas menggunakan versi 1.7.97.

Komen