Apple hari ini telah mengumumkan bahawa mereka akan menggunakan sejumlah besar bahan-bahan asas yang dikitar semula untuk kesemua peranti-peranti yang akan dijual oleh mereka pada tahun 2025 kelak.
Diantaranya termasuklah bateri yang menggunakan kobalt yang dikitar semula 100 peratus, saduran yang menggunakan timah kitar semula, dan juga emas untuk papan litar.
Ini bukanlah sesuatu yang baru kerana pada 2022, Apple telah mula menggunakan bahan kitar semula seperti aluminum, tungsten dan nadir bumi dengan pelan untuk memastikan bahawa semua peranti-peranti yang dibangunkan oleh mereka akan menggunakan bahan kitar semula sepenuhnya menjelang 2030.

Pengumuman terbaru ini merupakan satu tonggak yang penting untuk Apple kerana pada 2022, peranti-peranti seperti iPhone, Apple Watch, Macbook dan sebagainya menggunakan bateri yang diperbuat dengan 25 peratus kobalt yang dikitar semula.
2025 juga akan memperlihatkan tahun dimana Apple akan menggunakan 100 peratus emas yang dikitar semula didalam litar-litar mereka, dan akan berhenti menggunakan plastik dari bungkusan-bungkusan produk mereka.
- Sumber
- Apple