Cari @ Amanz

Bersempena dengan pelancaran siri komputer riba Predator Helios 16 dan Helios 18 yang dikemaskini dengan komponen-komponen Intel dan NVIDIA terbaru, Acer Malaysia juga telah mengemaskini komputer desktop gaming mereka, Predator Orion 3000 dan Acer Nitro 50 dengan cip pemprosesan Intel generasi ke-13 Raptor Lake.

Predator Orion 3000 dilihat akan dimuatkan dengan siri cip pemprosesan Intel Core i7 generasi ke-13 dan akan dilengkapi dengan pilihan memori DDR5 sehingga 16GB dan juga storan SSD PCIe 4.0 sebesar 1TB.

Acer Nitro 50 pula dilihat akan hadir dengan kemaskini cip pemprosesan yang sama, tetapi dengan pilihan memori DDR4 8GB dan juga storan SSD sebesar 512GB.

Untuk pilihan GPU pula, Predator Orion 3000 akan dilengkapi dengan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3070 manakala Acer Nitro 50 akan dilengkapi dengan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1650.

Predator Orion 3000 akan tiba di pasaran tempatan pada bulan Mei kelak pada harga RM5999 manakala Acer Nitro 50 sudahpun mula dijual pada harga RM5099.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd