Sega, salah satu pengeluar permainan popular berpusat di Jepun dan terkenal dengan permainan seperti Sonic, kini dilaporkan dalam perbincangan untuk mengambil-alih Rovio.
Rovio merupakan syarikat permainan yang terkenal dengan siri Angry Birds. Walaupun pada awalnya siri Angry Birds mencuri ramai pengguna peranti mudah-alih, namun kebelakangan ini pihak Rovio menghadapi cabaran dalam meneruskan kejayaan dan permainan-permainan yang mempunyai angka pengguna tinggi.

Sebelum ini, Rovio dalam perbincangan bersama Playtika untuk pengambil-alihan, tetapi ia berhenti pada Mac lepas tanpa sebarang transaksi berlaku.
Kini, ia dikatakan Sega dalam perbincangan untuk mengambil-alih Rovio pada nilai mencapai $1 bilion.
Buat masa ini, kedua-dua pihak belum mengeluarkan komen rasmi berkaitan hal ini.
- Sumber
- Aksiz