Carian
Asus Mengesahkan ROG Ally Akan Dilancarkan Pada Peringkat Global
April 16, 2023 Aman

Asus sedia memperlihatkan sebuah konsol mudah-alih mereka sebelum ini, dinamakan ROG Ally. Peranti yang pada awalnya dijangka sebagai sebuah jenaka, kemudian disahkan adalah peranti sebenar dan akan dipasarkan secara rasmi oleh Asus.

Menariknya, kini Asus turut memberi pengesahan peranti ini akan dilancarkan pada peringkat global. Malah, Asus turut memberikan petanda yang mana peranti ini akan hadir lebih awal daripada jangkaan ramai.

Buat masa ini, spesifikasi penuh untuknya tidak diketahui. Ia dijangka menjalankan sistem operasi Windows yang diubah-suai, selain input berasaskan butang D-Pad seumpama konsol mudah-alih.

Dengan perkembangan terbaru ini, sama-sama kita nantikan lanjut berkaitan penawaran, spesifikasi dan harganya kelak.

Komen