Carian
TikTok Diharamkan Beroperasi Sepenuhnya Di Montana Amerika Syarikat
April 17, 2023 Effi Saharudin

Sebelum ini TikTok telah diharamkan dipasang pada peranti milik penjawat awam Amerika Syarikat, Australia, Kesatuan Eropah dan New Zealand. Tetapi rakyat biasa masih boleh terus menggunakannya tanpa sebarang isu pada waktu ini dengan usaha sedang dilakukan untuk mengharamkan terus aplikasi ini daripada beroperasi di Amerika Syarikat.

TikTok

Hujung minggu lalu, Montana bakal menjadi negeri pertama di A.S yang mengharamkan TikTok daripada beroperasi. Dalam undian di dewan perundangan, majoriti ahli bersetuju untuk meluluskan RUU yang akan mengharamkannya. Ia kini hanya perlu ditandatangani oleh governor untuk ia berkuatkuasa bermula Januari 2024.

Google dan Apple boleh didenda sehingga $10,000 sehari sekiranya membenarkan aplikasi dimuat turun menerusi stor mereka. TikTok juga boleh dikenakan tindakan undang-undang atas kesalahan yang sama. Individu yang memuat turun sebaliknya tidak akan dikenakan tindakan.

TikTok telah mengeluarkan kenyataan akan menentang RUU kerana dilihat melanggar kebebasan hak bersuara pengguna mereka di Montana yang termaktub dalam perlembagaan negara.

Komen