Carian
Xiaomi Mempatenkan Rekaan Skrin Terbina Pada Cermin Hadapan Kereta
April 17, 2023 Effi Saharudin

Antara sebab kemalangan berlaku ialah apabila perhatian pemandu terganggu ketika cuba mengubah tetapan radio, sistem pendingin hawa dan melihat paparan instrumen. Walaupun hanya sekejap, ia boleh mendatangkan impak yang besar. Untuk kereta elektrik pertama mereka, Xiaomi telah mempatenkan sistem yang akan menyelesaikan masalah ini.

Paparan maklumat pemanduan dan pelbagai lagi sistem kereta akan dipaparkan pada skrin yang terbina terus pada cermin hadapan kereta. Skrin terbina dalam cermin kereta ini hanya akan mengambil ruang di bahagian bawah. Ia adalah sepanjang keseluruhan lebar cermin hadapan.

Dengan sistem ini, pemandu tidak akan perlu melihat ke bawah untuk melihat maklumat pemanduan seperti pada kluster instrumen kenderaan biasa. Bagi mengelakkan skrin ini menghalang pemandangan, paten menunjukkan sistem skrin ini adalah lutsinar. Selain pemandu tidak lagi perlu melihat ke bawah, kelebihan rekaan Xiaomi ini ialah papan pemuka kenderaan yang lebih kemas. T

Komen