Sabrent ialah jenama pembuat storan SSD yang cukup terkenal untuk pilihan storan mereka yang bukan sahaja hadir dengan jumlah storan yang tinggi, tetapi juga menggunakan teknologi penghantaran data yang terbaru untuk pengguna yang memerlukan storan yang terbaik di pasaran sekarang.
Terkini, Sabrent America telah mengumumkan bahawa mereka sedang bekerjasama dengan Apex Storage Design, sebuah syarikat pembuat kad pengembangan storan untuk komputer dan memperlihatkan produk terbaru mereka, Sabrent Apex X21 Destroyer.
Kad pengembangan storan ini merupakan gabungan 21 storan Sabrent Rocket 4 Plus 8TB untuk jumlah storan sebanyak 168TB dan juga kad pengembangan storan Apex X21 yang boleh merumahkan kesemua storan-storan ini dan disambungkan kepada slot pengembangan PCIe 4.0 x4.

Buat masa ini Sabrent masih belum memberi sebarang butiran mengenai kelajuan pembacaan dan penulisan data pada kad storan ini, tetapi kami menjangkakan bahawa ia akan hadir dengan kelajuan pembacaan data sekitar 100GB/s dan penulisan 70GB/s berdasarkan laman web Apex Storage.
Sabrent dijangka akan memperlihatkan butiran lanjut mengenai produk ini di masa akan datang.