Pada Khamis lalu, Tim Cook secara rasmi menjadi CEO paling lama dalam sejarah Apple. Beliu memintas rekod tempoh 4249 hari yang dipegang oleh mendiang Steve Jobs sebelum ini. Tim Cook telah memegang jawapan CEO Apple sejak 24 Ogos 2011 beberapa minggu sebelum Jobs menghembuskan nafas terakhir.
Walaupun beliau sudah menjadi CEO selama 4254 hari di Apple, rekod jawatan tertinggi di Apple masih lagi dipegang oleh Steve Jobs. Antara 1996 hingga 2010, Jobs memegang jawatan sebagai CEO sementara Apple. Oleh itu Tim Cook akan hanya memotong pencapaian Steve Jobs ini pada Oktober 2025.
Di bawah Tim Cook, Apple menjadi syarikat pertama mencapai nilai pasaran $1 trilion dan $2 trilion. Pendapatan Apple juga kini tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada jualan Mac dan iPhone di bawah kepimpinan beliau.