Cari @ Amanz

Xiaomi kini dalam persediaan hadir dengan beberapa produk baharu pada 18 April ini. Salah satu daripadanya adalah Xiaomi 13 Ultra yang turut disahkan bakal memasuki pasaran global pada suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Persoalan yang berlegar mengenai rekaan peranti kini terjawab menerusi salah satu kemaskini di Weibo. Ia menunjukkan peranti didatangkan dengan panel belakang seakan kulit dengan pilihan warna seperti hijau dan putih. Ini dipadankan pula dengan bingkai seakan logam yang mengelilingi peranti.

Selain itu, telefon juga mempunyai bonggol kamera berbentuk bulat yang besar dan tebal. Terdapat juga lapisan emas disertakan yang menambah lagi keanggunan pada reka bentuk keseluruhan. Sistem pengimejan Leica Summicron serba baharu turut digunakan bersama sistem kuad kamera yang menyokong sensor 50MP kesemuanya dan apertur boleh berubah di antara f/1.4 hingga f/1.9.

Seterusnya telefon juga hadir dengan kemampuan zum optikal yang tinggi dan pelbagai lagi kustomasi Leica, di samping turut dijana cip Snapdragon 8 Gen 2. Maklumat lebih lanjut sama-sama nantikan pelancaran rasmi kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd