Dalam masa beberapa hari sahaja lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri dan pastinya ramai antara kita yang akan pulang ke kampung halaman. Jika anda banyak meluangkan masa di bandar, mungkin anda bakal terlepas keindahan di kampung dan salah satu lokasi penggambaran bintang, atau dipanggil Astrohyperlapse terbaik adalah di kampung.
Mengapa Kawasan Luar Bandar Adalah Lokasi Terbaik Penggambaran Bintang
Berbeza dengan di bandar, di kebanyakan kampung tidak terdapat sebarang bangunan yang terlalu tinggi. Bangunan yang tinggi, yang biasanya akan disinari lampu, akan menyebabkan ‘pencemaran cahaya’ dimana cahaya dari struktrur sebegini boleh membuatkan cahaya bintang tidak kelihatan.
Malah, di kampung juga tidak banyak papan pengiklanan yang terlalu terang seperti di bandar. Ini juga membolehkan sinaran dan kerdipan bintang dapat dilihat dengan lebih jelas, dan lebih ketara pada kamera telefon pintar.
Selain dari kampung, kawasan luar bandar yang lain seperti sawah, ladang, bukit, atau sebarang tempat yang kurang penempatan mahupun bangunan adalah lokasi yang berpotensi untuk melakukan penggambaran waktu malam. Namun pada masa yang sama, anda juga perlu prihatin dengan keselamatan, dan memastikan terdapat rakan-rakan yang mengetahui arah tujuan anda sewaktu merakam.
Jangan Lupa Kelengkapan Tambahan – Tripod, Bank Kuasa, Payung
Penggambaran bintang biasanya memakan masa, dan akan menggunakan shutter yang panjang. Pada keadaan ini, tripod seharusnya dibawa bersama bagi meletakkan telefon pintar anda bagi mencegah sebarang gerakan. Malah sekiranya penggambaran bintang dirakam hanya menggunakan tangan, atau secara diletakkan bersandar dengan objek lain, terdapat potensi gegaran, yang boleh mencacatkan gambar.
Justeru penggunaan tripod adalah sangat penting, lagipun tempoh merakam penggambaran bintang mungkin boleh mengambil masa secepat 5 minit, atau mungkin boleh memakan masa sehingga berjam lamanya, bergantung kepada kesan dan hasil yang diinginkan.
Dan memandangkan tempoh lama diperlukan untuk merakam, peranti juga mungkin memerlukan lebih banyak kuasa. Bawa bersama bank kuasa anda bagi mengecas peranti anda yang sedang merakam babak tersebut.
Lakukan Penggambaran Bintang Dengan Mudah Menggunakan Fungsi Astrohyperlapse Pada Samsung S23
Pelbagai telefon masakini dilengkapi dengan kamera mod malam, namun tidak semua yang diperkasa dengan fungsi khas bagi merakam penggambaran bintang. Pada Samsung Galaxy S23, fungsi ini dapat diakses pada pilihan Hyperlapse dan beberapa tetapan turut disediakan untuk pengguna.
Pengguna boleh memilih untuk merakam gambar bintang termasuklah gambar gerakan bintang, menghasilkan rakaman video yang sangat cantik, lengkap dengan perjalanan bintang tersebut berkadar dengan masa. Pengguna bebas untuk menetapkan pilihan kelajuan, namun disyorkan pada kelajuan 300x, dengan tetapan masa melebihi 30 minit bagi hasil yang sangat menakjubkan.
Sekiranya pengguna ingin mengetahui lokasi buruj, pengguna boleh mengakses pilihan Astrophoto didalam mod Expert RAW. Didalam pilihan ini, terdapat juga tetapan rakaman gambar sehingga 10 minit, bagi memberikan pencahayaan yang lebih cukup sewaktu merakam langit malam.
Jelas sekali, sekiranya anda akan pulang ke kampung halaman, jangan biarkan Samsung Galaxy S23 anda terperap dan tidak digunakan sepenuhnya. Dan jika anda masih tidak memiliki peranti ini, anda masih sempat mendapatkan Galaxy S23 dengan pelbagai variasi, dengan versi terhebat mereka iaitu Galaxy S23 Ultra 512GB dijual pada harga RM 6,199
Program Tukar Beli Galaxy S23 Ultra + Percuma Galaxy S23
Khas sehingga hujung April 2023 ini, anda akan menerima Galaxy S23 percuma apabila menukarbeli peranti anda untuk membeli Galaxy S23 Ultra. Promosi ini semestinya memberi pulangan yang lebih untuk anda yang berminat untuk menaik taraf peranti ini.
Antara peranti iPhone yang disokong termasuklah siri iPhone 11 dengan bayaran tambahan sebagai RM699 diperlukan. Seterusnya pemilik siri iPhone 12 pula perlu membuat tambahan bayaran RM399, diikuti dengan pemilik iPhone 13 sebanyak RM199. Bagaimanapun bagi pemilik siri iPhone 14 pula, tiada sebarang bayaran tambahan diperlukan di bawah skim tukar ganti Samsung ini.
Promosi Tukar beli: Samsung Galaxy S23 Ultra Percuma Galaxy S23
Penafian: Advertorial dari Samsung Malaysia