Cari @ Amanz

MediaTek melancarkan Dimensity Auto semalam sebagai platform untuk beberapa produk khusus untuk industri kereta pintar. Ia terdiri daripada komponen Dimensity Auto Cockpit, Dimensity Auto Connect, Dimensity Auto Drive, dan Dimensity Auto Components. Menerusi platform ini MediaTek mengembangkan penglibatan mereka ke dalam industri automotif pula.

Dimensity Auto Cockpit ialah solusi kepada sistem infohibur dalam kenderaan dengan SOC ini akan dihasilkan menggunakan teknologi 3nm. Ia boleh menyokong beberapa skrin 8K HDR pada kadar segar semula 120Hz. Turut mampu dilakukan ialah mengawal sistem penstriman kandungan video yang diperlukan dalam kenderaan.

Dimensity Auto Connect pula ialah solusi kepada sambungan kepada rangkaian selular dalam kenderaan. Ia menyokong rangkaian 5G terkini dan juga WiFi 7. Dengan ini kenderaan dalam menikmati rangkaian selular terpantas yang diperlukan untuk beroperasi dan juga untuk penumpang dalam kenderaan. Ia juga mempunyai komponen untuk sistem geolokasi GNSS dan bluetooth.

Seterusnya ialah Dimensity Auto Drive yang menggunakan APU MediaTek sebagai asas kepada sistem swapandu dan juga ADAS. Akhir sekali Dimensity Auto Components pula menawarkan bekalan komponen yang diperlukan untuk pelbagai sistem pintar dalam kenderaan yang diperlukan oleh pengeluar.Dengan penglibatan MediaTek, jelas dunia teknologi telefon pintar kini diintegrasikan pula ke dalam kenderaan elektrik pintar masa hadapan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd