Skrin luar Oppo Find N2 semakin berguna selepas peranti menerima kemas kini hari ini. Menerusinya dua ciri yang dijanjikan sebelum ini akhirnya disokong oleh peranti secara natif. Ciri pertama ialah widget khusus untuk Spotify. Apabila digunakan muzik daripada Spotify boleh dipaparkan pada skrin luar peranti.

Gambar album dipaparkan dengan lebih jelas dan besar serta butang kawalan muzik juga boleh diakses tanpa peranti perlu dibuka. Dengan saiz yang lebih besar, widget ini lebih mudah digunakan berbanding antaramuka pemain muzik ColorOS yang diberikan sebelum ini.

Seterusnya ialah sokongan menaip menggunakan suara bagi menjawab pelbagai aplikasi pemesejan. Audio suara pengguna diubah kepada teks secara automatik. Aplikasi yang boleh digunakan dengan ciri ini ialah WhatsApp, Messenger, Messages by Google, Telegram dan LINE. Sekali lagi ciri baharu membolehkan mesej dibalas tanpa perlu membuka skrin atau menaip menggunakan jari.
- Sumber
- Oppo