Peranti boleh pakai Huawei turut dikemaskini dengan koleksi baharu menerusi Band 8. Ia tidak menampakkan perbezaan yang ketara dengan generasi sebelum ini. Perubahan kecil pada tubuh boleh dilihat menerusi kerangka pada tahun ini sejenis rata dengan sisi yang dibulatkan mengelilingi peranti.

Ini kemudiannya dipadankan pula dengan satu butang fizikal pada sisi dan tali sejenis TPU bersama cangkuk standard. Terdapat tiga pilihan warna ditawarkan yang terdiri dengan hitam, hijau dan merah jambu. Kerangka sebesar 1.47-inci AMOLED dengan kepadatan piksel 282 PPI masih dikekalkan pada tahun ini yang juga diiklankan memiliki berat hanya 14 gram.
Ia juga mempunyai sehingga 1000 pilihan muka tangan yang sedia dimuat turun. Di samping turut menyokong muka jam tersesuai berdasaekan pakaian semasa pengguna. Band 8 juga melepasi penarafan kalis air 5ATM sebagai pelindungan tambahan. Dalam masa sama menyokong lebih banyak mod sukan sehingga 100 pilihan berbanding 96 jenis pada generasi terdahulu.

Kemudian ciri standard lain yang mampu dilakukan oleh Band 7 ialah menjejak tapak, mengikuti 96 aktiviti senaman, girometer, accelerometer, dan menjejak tidur. Bagi pengguna wanita, menjejak kitaran haid turut boleh dilakukan secara terbina. Bateri yang diberikan boleh bertahan sehingga 14 hari penggunaan maksimum.
Band 8 didatang dalam warna Emerald Green, Vibrant Orange, Magic Night Black, dan Sakura Powder. Ia dijual pada RMB269 (~RM174) seutas, sementara itu variasi NFC pula berharga RMB309 (~RM200). Tiada maklumat mengenai ketersediaan untuk pasaran global diketahui buat masa ini.