Di MWC 2023, OnePlus memperlihatkan sistem penyejuk unik OnePlus 45W Liquid Cooler yang menggunakan sistem cecair seperti sebuah PC gaming prestasi tinggi. Ramai menyangka ia sekadar produk konsep seperti OnePlus 11 Concept yang juga diperlihatkan dalam acara yang sama. Tetapi di China OnePlus 45W Liquid Cooler mula dijual kepada yang berminat.

OnePlus 45W Liquid Cooler dikatakan mampu mengurangkan suhu peranti sehingga 20 darjah Celsius. Kipas penyejuk 50mm dipadakan dengan radiator dengan luas permukaan mencecah 180,000m㎡ yang hanya memerlukan kuasa 45W.
Pada penyejuk 40x40mm dipasang pada belakang peranti untuk menyejukkannya. Ia serasi digunakan ketika sesi permua yang tegar atau sekiranya peranti digunakan dalam cuaca panas seperti di Malaysia sekarang. Di China OnePlus 45W Liquid Cooler dijual pada harga RMB499 (~RM322) sebuah.