Carian
Twitter Memperkenalkan Label Untuk Ciapan Yang Melanggar Terma Laman
April 18, 2023 Effi Saharudin

Selepas Twitter diambil alih oleh Elon Musk, beliau berkata platform akan memberikan kebebasan bersuara yang lebih baik berbanding pentadbiran sebelumnya. Tetapi ia membuka kotak Pandora ciapan yang dilihat melanggar terma dan syarat laman sehingga peru dipadam. Hari ini Twitter memperkenalkan label baharu yang akan dipamerkan di bawah ciapan yang didapati melanggar terma dan syarat penggunaan platform.

Label akan memberitahu tuan punya akaun dan pengguna lain bahawa ciapan tersebut kini disorokkan bagi mengurangkan penyebarannya ke seluruh platform. Ia juga memberikan notis bahawa ciapan tersebut melanggar terma dan syarat dalam kategori kandungan berbentuk kebencian.

Iklan tidak akan dipaparkan pada ciapan-ciapan ini dan ia akan lebih sukar dicari oleh pengguna lain. Dengan ini Twitter tidak akan memadam ciapan kerana menghormati kebebasan bersuara tetapi sekadar menghadkannya sahaja

Komen