Carian
Setel Perkenal Aplikasi Setel Lite – Untuk Telefon Berspesifikasi Rendah, Dengan Sambungan Internet Perlahan
April 18, 2023 Aman

Setel sedia dikenali ramai sebagai satu aplikasi yang memudahkan pengurusan pelbagai perkara melibatkan kenderaan – termasuk mengisi minyak dan juga membayar parkir. Terkini, Setel turut memperkenalkan variasi aplikasi Setel Lite untuk pengguna Android.

Setel Lite menyasarkan pengguna dengan peranti berspesifikasi rendah, mahupun dengan sambungan selular yang perlahan. Ia menyokong Android 4.4 dan terkini, disamping boleh digunakan pada sambungan EDGE, dan 2G.

Disamping itu, Setel Lite juga turut dioptimasikan untuk paparan pengguna warga emas – menawarkan pengalaman yang lebih mudah digunakan untuk mengisi minyak petrol.

Buat masa ini, ia menawarkan ciri mengisi petrol, serta diintegrasikan bersama mata ganjaran Mesra.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun Setel Lite hari ini melalui Google Play Store.

Komen