Cari @ Amanz

Grab kini hadir dengan sejumlah kemaskini baharu di aplikasi yang bantu memudahkan perjalanan pengguna ketika melancong khususnya di negara-negara Asia Tenggara. Antaranya seperti Traveller Hompage yang bantu memudahkan pelancong merancang perjalanan dengan lebih baik. Ini bermakna pengguna boleh mencari, mengkaji dan meneroka tempat-tempat menarik seperti mercu tanda mahupun pilihan makanan berhampiran dengan destinasi dituju.

Seterusnya aplikasi Grab juga boleh digunakan dalam lebih banyak pilihan bahasa seperti Mandarin, Korea dan Jepun. Ini bagi memudahkan pelancong khususnya dai China, Korea dan Jepun yang dianggap sebagai golongan utama bagi pelancong antarabangsa yang melawat rantau Asis Tenggara. Selain itu, kebolehan menterjemah sesuatu menu ke dalam bahasa Inggeris khususnya bagi pilihan makanan di bandar-bandar utama di seluruh Indonesia, Vietnam dan Thailand turut disertakan.

Dalam masa sama, Grab juga telah menambahkan ciri penukaran mata wang yang membolehkan aplikasi memaparkan nilai mata wang asing secara automatik tanpa perlu melakukan penukaran manual. Namun kedua-dua ciri yang disebutkan tadi masih belum dilancarkan secara rasmi, sebaliknya akan tersedia pada separuh kedua tahun ini.

Lebih menarik apabila Grab turut bekerjasama dengan beberapa aplikasi seperti WeChat, AliPay, Ctrip, Kakao Talk dan Booking.com yang membolehkan pengguna mengakses perkhidmatan Grab terus daripada aplikasi berkenaan. Melaluinya, pengguna tidak perlu memuat turun aplikasi Grab secara berasingan seterusnya turut boleh terus membuat pembayaran aplikasi dinyatakan.

Sebagai tambahan Grab juga telah mengumumkan naik-taraf baharu untuk pakej langganan GrabUnlimited yang kini menyediakan diskaun menarik untuk perjalanan di 89 lapangan terbang seluruh Asia Tenggara.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd